Perancangan Strategik

Blog ini dibangunkan untuk mendokumentasi proses menaiktaraf bilik komputer SMK Padang Temu Melaka berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pembestarian SMK Padang Temu pada 16 Julai 2013 pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Komputer ini. Blog ini juga sebagai tapak alternatif Virtual Learning Environment SMK Padang Temu iaitu satu projek KPM untuk membentuk komuniti bestari di kalangan warga sekolah. Visi Mengguna dan Mengaplikasi ICT secara Optimum Misi 1.Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi ict yang sesuai dalam pembelajaran. 2.Mengupaya pelajar mencapai potensi diri untuk menghadapi cabaran masa depan 3.Menyediakan tenaga kerja yang mahir dalam pelbagai bidang disiplin dan prihatin terhadap isu-isu ICT.

No comments:

Post a Comment